Friday, 10 August 2007

kita haruslah menegakkan keadilan untuk diri sendiri

Dalam hidup ini, kita sering ditindas oleh sekalian yang berada di sekeliling kita....kadang kala kita tidak berani untuk meluahkan rasa tidak puas hati yang termendap dalam hati kita.....dengan itu, mereka yang menindas kita akan mengambil peluang ini untuk melebih-lebihkan kepedihan yang terlindung.....jika anda tidak menegakkan keadilan untuk diri sendiri, siapakah yang akan buat demikian?.....ayah saya masih nampak marah dengan saya.....sejak kecil lagi saya telah diajar untuk berdikari dan tidak mengharapkan sesiapa untuk membuat apa-apa untuk saya....memang tidak boleh dinafikan bahawa dalam kehidupan saya, beberapa keputusan yang salah dan telah menyakitikan hati orang tersayang saya.....namun begitu, saya selalunya terpaksa berdikari dan mempercayai naluri sendiri serta mendengar suara Yang Maha Mulia......sering kali saya akan fikir.....jika ibu bapa saya sudah mengajar dan menyemai bijih benih-"berdikari" dalam kehidupan saya yang telah menjadi kebiasaan saya....kenapa tidak boleh menyokong saya sepenuhnya?....saya sudah penat dengan keperluan untuk saya cuba menawan hati ibu bapa saya....mahupun mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan atau dipuji oileh orang lain.....dalam dua keadaan sahaja ibu bapa saya selalu akan memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada saya....yang pertama ialah saya mendapat perhatian secara positif iaitu berjaya dalam kehidupan...manakala yang kedua ialah mencari pasal.....saya sudah penat dan ingin menghentikan semua itu.....bukan senang untuk hidup dalam keluarga yang mempunyai begitu banyak adik-beradik.....terutamaya jika anda anak sulung....ibu bapa akan mempunyai harapan yang tidak munasabah terhadap anda....mereka mempunyai tanggapan bahawa barangan fizikal boleh menabat hati kita tetapi dalam hakikatnya, ini bukanlah caranya....hendak meluahkan hati kepada mereka selalu kata, 'tiada masa', 'saya sangat sibuk', ' hmmm...hmmm....(tetapi tidak memberi sepenuh perhatian kepada apa yang saya sedang cakap)....'......saya sudah putus asa....

***kehidupan memang susah....esther~~~